Isnin, Julai 11, 2011

Artikel: SEKOLAH RENDAH PENGKALAN BATU




KTM
&
Lawatan ke Pameran Rumah Puak-puak Asli Brunei
SR Panglima Barudin Limau Manis

Artikel: SEKOLAH RENDAHKASAT



Pertandingan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-27


Pelbagai aktiviti pertandingan juga dijalankan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27, tahun 2011 mengikut kategori kelas masing-masing.

Artikel: SEKOLAH RENDAHJERUDONG




Isnin, 23 Mei 2011- Sekolah Rendah Jerudong, Brunei IV, telah menjemput seorang penceramah undangan dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya sebagai acara tahunan sekolah untuk sesi motivasi murid-murid Tahun 6. Alhamdulilah, Cikgu Ali Yusry telah berkesudian untuk memenuhi undangan tersebut dan beliau telah memberikan ceramah motivasi bagi dua sesi. Sesi pertama ceramah ialah motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan untuk murid-murid Tahun 6. Murid-murid ditekankan mengenai kepentingan memberikan fokus dalam pelajaran. Penceramah juga ada mengongsikan doa-doa pilihan untuk diamalkan oleh murid-murid agar mudah menerima pelajaran, tidak mudah lupa dan sebagainya. Sesi kedua ceramah pula dikhaskan untuk para ibubapa murid-murid Tahun 6. Ceramah bagi ibubapa berkisar tentang keterbukaan dalam perhubungan ibubapa dengan anak demi mendalami masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak. Pihak sekolah berharap agar murid-murid dan ibubapa mereka akan menerima dan menggunapakai segala ilmu yang telah dikongsikan oleh penceramah undangan.

DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH JERUDONG

Ahad, Julai 10, 2011

Artikel: SEKOLAH RENDAH NAR MENUNGGOL


Pelancaran PBS SR NAR Menunggol



Pelancaran Perkhidmatan Bimbingan Sekolah (PBS) SR NAR Menunggol diadakan pada 19-2-2011 di Bilik Sumber. Tujuan diadakan untuk memperkenalkan kepada semua warga guru mengenai PBS.

Pelancaran dirasmikan oleh Cikgu Pg Hj Mohd Zulkarnain Pg Hj. Ahmad, pembantu guru besar. Diikuti dengan sesi suai kenal daripada semua guru. Guru Bimbingan memperkenalkan kepada semua guru mengenai tugasan sebagai guru bimbingan.


DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH NAR MENUNGGOL

Artikel: SEKOLAH RENDAH MULAUT


Ceramah Bagaimana Untuk Memotivasikan Anak Menjelang Peperiksaan Bagi Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6



Pada 25hb Mei 2011, Rabu, Guru Bimbingan Sekolah dan pihak Pentadbiran Sekolah Rendah Mulaut telah mengundang Cikgu Pg Hamiosmera bin Pg Hj Othman, Kaunselor Sepenuh Masa yang bertugas di Sekolah Rendah Sengkurong, untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bagaimana Memotivasikan Anak Awda Menjelang PSR” bagi para ibu bapa/penjaga murid Tahun 6. Sebelum sesi ceramah dimulakan, pihak pentadbiran sekolah mengambil kesempatan membuat penerangan mengenai matapelajaran PSR bagi SPN 21 serta pencapaian Tahun 6 Penggal I. Ceramah juga diselitkan dengan beberapa kesilapan ibubapa dalam berusaha meninggikan pencapaian pembelajaran anak mereka. Dari sini para ibubapa diberi beberapa tips mengenai pembelajaran berkesan yang sering dibuat oleh mereka yang berjaya di antaranya menggalakkan ibubapa untuk menyiapkan anak-anak mereka agar sentiasa bersedia awal dan mempunyai jadual belajar yang teratur di samping member perhatian dalam ulangkaji anak-anak mereka.
Cikgu Pg Hamiosmera juga mengambil kesempatan untuk membuka ‘minda’ para ibu bapa akan beberapa kes yang melibatkan murid di peringkat rendah. Sebelum sesi ceramah ditamatkan, ada beberapa wakil hadirin, mengajukan soalan-soalan yang berhubungkait dengan pembelajaran anak masing-masing. Diharap dengan ceramah yang diadakan ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa serta penjaga yang hadir pada pagi tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH MULAUT

Artikel: SEKOLAH RENDAH LUMAPAS

Ceramah Motivasi Untuk Murid-Muird Tahun 6 Yang Akan Menghadapi Peperiksaan PSR








7HB MEI 2011,SEKOLAH RENDAH LUMAPAS. Bahagian Kaunseling dan Bimbingan sekolah telah bekerjasama dengan guru-guru yang mengajar tahun 6 bagi mengungkayahkan ceramah motivasi untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan PSR. Ceramah ini adalah satu daripada inisiatif pihak sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.

Pada hari tersebut, ceramah telah disampaikan oleh Cikgu Haji Shahdani bin Haji Asmat, Pegawai Kaunseling dari Jabatan Bimbingan, Kaunseling dan Kerjaya. Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan. Ceramah yang dibawakan bertajuk ‘Ke Arah Kecemerlangan Menuju Puncak’.

Seramai 67 orang pelajar-pelajar dari tahun 6 telah berpeluang untuk mendengarkan ceramah tersebut. Sepanjang ceramah diadakan, murid-murid memberikan respond dan tindak balas yang positif dan memberangsangkan.

DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH LUMAPAS

Artikel: SEKOLAH RENDAH AHMY KATIMAHAR

“Young Mahar Entrepreneurship 2011”
Keusahawan Muda Mahar 2011







Pelancaran Keusahawanan Muda MAHAR 2011 telah berlangsung pada hari Sabtu, 4 Jun 2011 dan dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Perkembangan Kurikulum, Haji Abdul Rahman Haji Nawi. Hari Keusahawan Muda MAHAR 2011 ini telah berlangsung selama dua hari dan mendapat sambutan daripada ahli keluaraga warga Sekolah Rendah Awang Haji Mohd. Yusof Katimahar dan warga setempat. Barang-barang yang dijual adalah daripada hasil kerja murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa serta penjaga murid di sekolah ini. Tujuan utama Hari Keusahawanan ini adalah untuk mendidik murid-murid menceburi bidang keusahawanan sejajar dengan Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21 untuk mendedahkah bidang keusahawanan kepada setiap peringkat umur sesuai dengan moto yang dipilih iaitu “Usahawan Muda Bakal Usahawan Masa Depan”.

DISEDIAKAN OLEH: GURU-GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH HJ MOHD YUSOF KATIMAHAR

Artikel: SEKOLAH RENDAH BENGKURONG



Ceramah Mengenai Komunikasi Berkesan Dalam Suatu Institusi

Pada 10 Mac 2011, jam 2.15 ptg hari Khamis, Sekolah Rendah Bengkurong telah menjemput Cikgu Ali Yusri Bin Hj Ghafar untuk menyampaikan sebuah ceramah bagi Guru Besar, Penolong Guru Besar, Guru-guru dan kakitangan sekolah mengenai komunikasi berkesan dalam suatu institusi. Ceramah tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pergaulan di dalam suatu institusi. Di dalam ceramah tersebut, beliau menyentuh mengenai cara pergaulan yang berkesan dalam suatu institusi termasuklah sifat bekerjasama, tidak camah mata dan tolong menolong. Para guru dan kakitangan yang hadir sangat terhibur dengan ceramah yang telah disampaikan. Oleh kerana kesuntukan masa dan beliau perlu menyelesaikan hal lain, ceramah terpaksa dihentikan dan akan di sambung pada ceramah yang akan datang yang akan di adakan pada waktu dan hari yang akan ditetapkan nanti.

DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH BENGKURONG

Artikel: SEKOLAH RENDAH SENGKURONG

Lawatan Ke Sekolah Sukan









Seramai 120 orang murid dari Sekolah Rendah Sengkurong telah membuat lawatan ke Sekolah Sukan di Berakas. Rombongan yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah berkenaan, Cikgu Pg Hamiosmera bertujuan untuk memberikan motivasi dan semangat kepada murid-murid tahun 6 sebelum mereka menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dalam bulan Oktober nanti di samping dapat mengetahui secara dekat tentang struktur sekolah serta syarat-syarat kemasukan ke sekolah tersebut. Pada awal lawatan, murid-murid telah diberi penerangan ringkas oleh Pengetua Akademik, Cikgu Norilham bin Hj Sani. Selepas itu murid-murid berpeluang dibawa kebeberapa tempat menarik minat murid seperti gelanggang futsal, badminton, sepak takraw, golf dan gymnasium. Bukan itu sahaja murid-murid telah dibawa ke sebuah bilik diberi nama Hilmas di mana dalam bilik ini terdapat beberapa buah mesin yang moden dan canggih dalam mengukur sejauh mana prestasi kekuatan mental, stamina dan fizikal para pelajar.


Murid-murid mendapat maklumat mengenai gymnasium yang menampung gelanggang silat, sepak takraw dan juga badminton.


Murid-murid juga dibawa ke sebuah bilik di mana para pelajar di sekolah berkenaan menguji kekuatan fizikal, stamina dan mental mereka.


Salah seorang tenaga pelajar menerangkan keunikkan ‘Bilik Hilmas’ di mana bilik ini terdapat beberapa buah mesin penguji stamina yang canggih dan moden.

DISEDIAKAN OLEH: KAUNSELOR DAN GURU-GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH SENGKURONG