Memaparkan catatan dengan label BKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BKK. Papar semua catatan

Khamis, April 08, 2010

Ceramah Prosedur Pengendali Kes



Rabu,7hb April 2010 @ Dewan Sekolah Menengah Masin - Ceramah Prosedur Pengendali Kes
Dari Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat telah berlangsung dengan jayanya. Ia ternyata sedikit sebanyak dapat membuka minda para tetamu yang hadir. Ceramah itu di hadiri Kaunselor Sekolah, Guru Kanan HEP, Guru Disiplin (sekolah menengah) dan Guru Bimbingan (sekolah rendah) dari keempat-empat daerah. Ceramah antara lain membentangkan 3 tajuk penting dari yang bersangkut paut dengan keolahan remaja zaman sekarang.

Antara tajuk tersebut adalah CHILDREN & YOUNG PERSON ACT (CYPO) yang disampaikan oleh pegawai JAPEM, AKTA-AKTA KESALAHAN dari pegawai Polis Diraja Brunei dan PROSEDUR memproses kesalahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

P/S: AJK PBS Brunei IV yang ingin berkongsi slides ketiga-tiga agensi, sila bawa PENDRIVE Sabtu ini k...Harap maklum...

Ahad, Mac 21, 2010

Ceramah Prosedur Pengendali Kes

Siaran Makluman
Ceramah Prosedur Pengendali Kes
Dari
Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat
Selasa
22 RabiulAkhir 1431H bersamaan 7 April 2010m
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Sekolah Menengah Masin
Dipohonkan supaya mengarahkan Kaunselor Sekolah, Guru Kanan HEP, Guru Disiplin (sekolah menengah0 dan Guru Bimbingan (sekolah rendah) menghadiri ceramah tersebut.
Sekian. Harap maklum. Terima kasih.

Sabtu, Mac 06, 2010

Jerayawara BKK

Rabu, 3hb Mac 2010 @ Dewan Sekolah Rendah Jerudong - Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah mengadakan jerayawara BKK bagi Brunei III & Brunei IV. Ini adalah antara gambaran hari tersebut...

Antara pegawai BKK yang hadir untuk menyampaikan taklimat...

Ucapan penutup daripada Cikgu Hajah Gambar, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya dan antara guru-guru jemputan yang hadir...