Rabu, April 21, 2010
Jumaat, April 16, 2010
Isnin, April 12, 2010
Jumaat, April 09, 2010
Khamis, April 08, 2010
Ceramah Prosedur Pengendali Kes

Rabu,7hb April 2010 @ Dewan Sekolah Menengah Masin - Ceramah Prosedur Pengendali Kes
Dari Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat telah berlangsung dengan jayanya. Ia ternyata sedikit sebanyak dapat membuka minda para tetamu yang hadir. Ceramah itu di hadiri Kaunselor Sekolah, Guru Kanan HEP, Guru Disiplin (sekolah menengah) dan Guru Bimbingan (sekolah rendah) dari keempat-empat daerah. Ceramah antara lain membentangkan 3 tajuk penting dari yang bersangkut paut dengan keolahan remaja zaman sekarang.
Antara tajuk tersebut adalah CHILDREN & YOUNG PERSON ACT (CYPO) yang disampaikan oleh pegawai JAPEM, AKTA-AKTA KESALAHAN dari pegawai Polis Diraja Brunei dan PROSEDUR memproses kesalahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
P/S: AJK PBS Brunei IV yang ingin berkongsi slides ketiga-tiga agensi, sila bawa PENDRIVE Sabtu ini k...Harap maklum...
Sabtu, April 03, 2010
Jumaat, April 02, 2010
Ahad, Mac 21, 2010
Ceramah Prosedur Pengendali Kes
Siaran Makluman
Ceramah Prosedur Pengendali Kes
Dari
Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat
Selasa
22 RabiulAkhir 1431H bersamaan 7 April 2010m
8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Sekolah Menengah Masin
Dipohonkan supaya mengarahkan Kaunselor Sekolah, Guru Kanan HEP, Guru Disiplin (sekolah menengah0 dan Guru Bimbingan (sekolah rendah) menghadiri ceramah tersebut.
Sekian. Harap maklum. Terima kasih.
Khamis, Mac 18, 2010
Perjumpaan Menghalusi Proposal Klinik PSR
Selasa, 16hb Mac 2010 @ Kantin Sekolah Rendah Masin - Perjumpaan demi perjumpaan diadakan untuk memastikan segala perancangan klinik PSR telah disenarai semakkan.
1.Kenderaan- Sudah beres
2.Makanan- Menunggu proposal
3.GB-GB tuan rumah- Sudah dimaklumkan
4.Senarai nama murid- Sudah dibahagikan mengikut kumpulan
5.Jadual klinik- Sudah dikemaskinikan
6.Pembukaan rasmi & tetamu kehormat- KIV
7.Fail murid, name tag- Akan diusahakan
8.Cenderahati & program- Akan diusahakan
9.Perisian klinik- Guru subjek akan dihubungi
10.Macam-macam ada...

Semua ahli jawatankuasa pembantu-pembantu kaunselor yang hadir telah memberikan pandangan untuk sama-sama membantu menangani masalah-masalah yang berbangkit. Perbincangan berlangsung sehinggalah perut terasa lapar...

Masa makan pun sebenarnya masih berbincang... Bincang punya bincang sampai tips-tips dari ibu-ibu pun ada jua terkeluar ;p Hahahaha...
Perjumpaan seterusnya hari Isnin, 29hb Mac 2010. Masa dan tempat akan dimaklumkan melalui memo yang akan difakskan ke sekolah masing-masing... InsyaALLAH...
Sabtu, Mac 06, 2010
Taklimat Klinik PSR
Sabtu, 6hb Mac 2010 @ Persidangan Sekolah Rendah Jerudong - Jawatankuasa Pembantu-Pembantu Kaunselor Brunei IV telah menjemput kira-kira 20 orang guru yang berpengalaman memeriksa kertas soalan PSR untuk membincangkan perisian klinik. Klinik PSR tahun ini akan diadakan pada sekala kecil berbanding tahun-tahun sudah di bulan April. JKPPK BruIV menaruh harapan supaya murid akan dapat mengambil peluang ini untuk lebih memahami dan memberi pendedahan pada format kertas soalan dan kesilapan-kesilapan lazim ketika menjawab soalan.
Sesi perbincangan kumpulan guru-Bahasa Melayu... MEreka memutuskan untuk menunjukkan perbandingan contoh kertas jawapan terbaik dan contoh kertas jawapan kurang baik sewaktu klinik PSR nanti.
Kumpulan guru mengajar Science sedang berbincang dengan Penasihat JKPPK Bru IV, Cikgu Parahsita, mengenai masa dan isi kandungan klinik.
Bersama-sama menjalankan tugas dengan riang... Hahahaha...
Sesi perbincangan kumpulan guru-Bahasa Melayu... MEreka memutuskan untuk menunjukkan perbandingan contoh kertas jawapan terbaik dan contoh kertas jawapan kurang baik sewaktu klinik PSR nanti.
Kumpulan guru mengajar Science sedang berbincang dengan Penasihat JKPPK Bru IV, Cikgu Parahsita, mengenai masa dan isi kandungan klinik.Semua guru jemputan mengakui telah berpuas hati dengan hasil perbincangan hari ini. Sebelum AJK bersurai, penasihat telah mempengerusikan mesyuarat pendek mengenai proposal klinik dan persediaan klinik. Perjumpaan seterusnya JKPPK BruIV pada 16hb Mac 2010 @ Perpustakaan Sekolah Rendah Masin.
Jerayawara BKK
Rabu, 3hb Mac 2010 @ Dewan Sekolah Rendah Jerudong - Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah mengadakan jerayawara BKK bagi Brunei III & Brunei IV. Ini adalah antara gambaran hari tersebut...

Antara pegawai BKK yang hadir untuk menyampaikan taklimat...
Ucapan penutup daripada Cikgu Hajah Gambar, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya dan antara guru-guru jemputan yang hadir...
Langgan:
Catatan (Atom)















