


Semua ahli jawatankuasa pembantu-pembantu kaunselor yang hadir telah memberikan pandangan untuk sama-sama membantu menangani masalah-masalah yang berbangkit. Perbincangan berlangsung sehinggalah perut terasa lapar...

Masa makan pun sebenarnya masih berbincang... Bincang punya bincang sampai tips-tips dari ibu-ibu pun ada jua terkeluar ;p Hahahaha...
Perjumpaan seterusnya hari Isnin, 29hb Mac 2010. Masa dan tempat akan dimaklumkan melalui memo yang akan difakskan ke sekolah masing-masing... InsyaALLAH...
Bersama-sama menjalankan tugas dengan riang... Hahahaha...
Sesi perbincangan kumpulan guru-Bahasa Melayu... MEreka memutuskan untuk menunjukkan perbandingan contoh kertas jawapan terbaik dan contoh kertas jawapan kurang baik sewaktu klinik PSR nanti.
Kumpulan guru mengajar Science sedang berbincang dengan Penasihat JKPPK Bru IV, Cikgu Parahsita, mengenai masa dan isi kandungan klinik.
Antara pegawai BKK yang hadir untuk menyampaikan taklimat...
Ucapan penutup daripada Cikgu Hajah Gambar, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya dan antara guru-guru jemputan yang hadir...