Logo



Bentuk Hati

Melambangkan keikhlasan dan keperihatinan guru-guru Brunei IV dalam membimbing para pelajar mencapai kehidupan yang gemilang dan direstu. Di tengah-tengah bentuk hati ini, terdapat juga ikon lelaki dan perempuan berwarna merah yang turut menunjukkan semangat berkobar-kobar para guru bimbingan dalam memberikan bantuan kepada setiap pelajar ke arah menuju kecemerlangan dalam kehidupan.

Ikon Berjabat Tangan

Menunjukkan kejituan dan kerjasama yang erat guru-guru bimbingan Brunei IV dalam sama-sama memberikan perkhidmatan yang dihasratkan dan bersedia dalam menangani pelbagai perkara.

Warna Biru dan Merah

Pada pemilihan warna pula, kesemua warna merupakan warna asas (primary colours) senghaja digunakan bagi menandakan pengkhususan bimbingan itu pada peringkat sekolah rendah. Warna biru melambangkan kecintaan serta keikhlasan dalam mendidik dan membimbing anak bangsa. Warna merah pula menandakan kehebatan dan semangat kental oleh guru-guru bimbingan menempuh apa jua rintangan dan cabaran. Bukan itu sahaja, terdapat tulisan KALINGA di atas lambang hati serta di sebelah lambang hati terdapat motto guru-guru bimbingan Brunei IV iaitu KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN DAN MEMAJUKAN POTENSI SETIAP PELAJAR. Jelas, ini turut menunjukkan hasrat murni guru-guru bimbingan Brunei IV untuk memenuhi kehendak empat komponen dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sejajar dengan kehendak Sistem Negara Abad Ke-21 (SPN 21).

@Pg Hami Pg Hj Othman