Ahad, Julai 10, 2011

Artikel: SEKOLAH RENDAH MULAUT


Ceramah Bagaimana Untuk Memotivasikan Anak Menjelang Peperiksaan Bagi Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6



Pada 25hb Mei 2011, Rabu, Guru Bimbingan Sekolah dan pihak Pentadbiran Sekolah Rendah Mulaut telah mengundang Cikgu Pg Hamiosmera bin Pg Hj Othman, Kaunselor Sepenuh Masa yang bertugas di Sekolah Rendah Sengkurong, untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bagaimana Memotivasikan Anak Awda Menjelang PSR” bagi para ibu bapa/penjaga murid Tahun 6. Sebelum sesi ceramah dimulakan, pihak pentadbiran sekolah mengambil kesempatan membuat penerangan mengenai matapelajaran PSR bagi SPN 21 serta pencapaian Tahun 6 Penggal I. Ceramah juga diselitkan dengan beberapa kesilapan ibubapa dalam berusaha meninggikan pencapaian pembelajaran anak mereka. Dari sini para ibubapa diberi beberapa tips mengenai pembelajaran berkesan yang sering dibuat oleh mereka yang berjaya di antaranya menggalakkan ibubapa untuk menyiapkan anak-anak mereka agar sentiasa bersedia awal dan mempunyai jadual belajar yang teratur di samping member perhatian dalam ulangkaji anak-anak mereka.
Cikgu Pg Hamiosmera juga mengambil kesempatan untuk membuka ‘minda’ para ibu bapa akan beberapa kes yang melibatkan murid di peringkat rendah. Sebelum sesi ceramah ditamatkan, ada beberapa wakil hadirin, mengajukan soalan-soalan yang berhubungkait dengan pembelajaran anak masing-masing. Diharap dengan ceramah yang diadakan ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa serta penjaga yang hadir pada pagi tersebut.

DISEDIAKAN OLEH: GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH MULAUT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan