Khamis, Mac 18, 2010

Perjumpaan Menghalusi Proposal Klinik PSR

Selasa, 16hb Mac 2010 @ Kantin Sekolah Rendah Masin - Perjumpaan demi perjumpaan diadakan untuk memastikan segala perancangan klinik PSR telah disenarai semakkan.
1.Kenderaan- Sudah beres
2.Makanan- Menunggu proposal
3.GB-GB tuan rumah- Sudah dimaklumkan
4.Senarai nama murid- Sudah dibahagikan mengikut kumpulan
5.Jadual klinik- Sudah dikemaskinikan
6.Pembukaan rasmi & tetamu kehormat- KIV
7.Fail murid, name tag- Akan diusahakan
8.Cenderahati & program- Akan diusahakan
9.Perisian klinik- Guru subjek akan dihubungi
10.Macam-macam ada...


Semua ahli jawatankuasa pembantu-pembantu kaunselor yang hadir telah memberikan pandangan untuk sama-sama membantu menangani masalah-masalah yang berbangkit. Perbincangan berlangsung sehinggalah perut terasa lapar...

Masa makan pun sebenarnya masih berbincang... Bincang punya bincang sampai tips-tips dari ibu-ibu pun ada jua terkeluar ;p Hahahaha...

Perjumpaan seterusnya hari Isnin, 29hb Mac 2010. Masa dan tempat akan dimaklumkan melalui memo yang akan difakskan ke sekolah masing-masing... InsyaALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan